Download kitab pdf terlengkap AswajaPedia Klik di sini

5756. HUKUM MEMAKAN KUE YANG BERBENTUK BABI

PERTANYAAN :

Assalamualaikum para kiyai saya mau tanya hukum memakan kue yang berbentuk babi, apakah dia halal atau bagaimana? Mohon jawabannya para kiyai semua. [Hardiansyah Siregar].



JAWABAN :

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Tetap halal, karena binatang laut tetap halal meskipun seandainya wujudnya seperti anjing atau seperti manusia. Puding pun mestinya juga sama. Bentuk tak masalah, yang penting bahan baku untuk membuat makanannya halal semuanya, ya tetap halal.

تحفة المحتاج هامش حاشية الشرواني ج ٩ ص ٣١٦
(وَتَحِلُّ مَيْتَةُ السَّمَكِ) ، وَالْمُرَادُ بِهِ كُلُّ مَا فِي الْبَحْرِ عَلَى مَا يَأْتِي فِي الْأَطْعِمَةِ

حاشية الشرواني ج ٩ ص ٣١٦
(قَوْلُهُ: وَالْمُرَادُ بِهِ إلَخْ) عِبَارَةُ النِّهَايَةِ، وَبِالْإِجْمَاعِ، وَسَوَاءٌ فِي ذَلِكَ مَا صِيدَ حَيًّا، وَمَاتَ، وَمَا مَاتَ حَتْفَ أَنْفِهِ أَيْ: بِلَا سَبَبٍ، وَاسْمُ السَّمَكِ يَقَعُ عَلَى كُلِّ حَيَوَانِ الْبَحْرِ حَيْثُ كَانَ لَا يَعِيشُ إلَّا فِيهِ، أَوْ إذَا خَرَجَ مِنْهُ صَارَ عَيْشُهُ عَيْشَ مَذْبُوحٍ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ عَلَى صُورَتِهِ الْمَشْهُورَةِ اهـ. بَلْ، وَإِنْ كَانَ عَلَى صُورَةِ مَا لَا يُؤْكَلُ فِي الْبَرِّ كَكَلْبٍ وَآدَمِيٍّ ع ش
Point:
وَإِنْ كَانَ عَلَى صُورَةِ مَا لَا يُؤْكَلُ فِي الْبَرِّ كَكَلْبٍ وَآدَمِيٍّ ع ش

Jawaban serupa seperti di jawaban Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia :
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3038-al-kafi-1057-hukum-makan-kek-berbentuk-haiwan

AL-KAFI #1057 : HUKUM MAKAN KEK BERBENTUK HAIWAN
Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Moga ustaz sihat-sihat belaka. Saya pergi ke kedai kek kemudian saya ada ternampak satu kek yang berbentuk anjing. Ada yang bentuk macam kucing, khinzir dan macam-macam bentuk haiwan. Anak saya pulak merengek-rengek nak kan kek yang berbentuk haiwan tapi saya tak beli la sebab rasa was-was. Mohon pencerahan dari ustaz. Terima kasih ustaz.
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Allah SWT berfirman :
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمْ ۖ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتُ ۙ
Maksudnya :” Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik.”
(Surah Al-Maidah : 4)
Kata Sheikh Al-Maraghi yang dimaksudkan dengan ٱلطَّيِّبَـٰتُ ialah apa sahaja makanan yang baik untuk diri dan juga elok untuk kehidupan yang mana manusia makan dengan penuh selera. Ia juga adalah makanan yang boleh dimakan dan dicerna dengan baik oleh manusia sehingga memberikan zat-zat yang mendatangkan manfaat kepada manusia.
Rujuk Tafsir Al-Maraghi (6/56)
Sebelum menjawab persoalan yang dikemukan, kami sebutkan terlebih dahulu berkenaan hukum mengukir atau membuat patung serupa dengan benda hidup.Kami telah mengulas dengan Panjang lebar berkenaan isu mengukir atau melukis benda hidup di dalam Irsyad Al-Fatwa siri ke 213.[1]
Secara asasnya tidak dibenarkan untuk mengukir atau melukis apa sahaja bentuk benda hidup secara lengkap. Ini berdasarkan beberapa hadis. Antaranya :
مَنْ صَوَّرَ صُورَةً فَإِنَّ اللَّهَ مُعَذِّبُهُ حَتَّى يَنْفُخَ فِيهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ بِنَافِخٍ فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya :” Sesiapa yang melukis atau mengukir gambar sesungguhnya Allah akan mengazabnya sehingga (jika disuruh) meniupkan ruh ke dalam gambar tersebut dia tidak mampu berbuat demikian selama-lamanya.”
Riwayat Al-Bukhari (2225)
كُلُّ مُصَوِّرٍ فِى النَّارِ يَجْعَلُ لَهُ بِكُلِّ صُورَةٍ صَوَّرَهَا نَفْسًا فَتُعَذِّبُهُ فِى جَهَنَّمَ
Maksudnya :” Setiap penggambar diseksa di dalam neraka,dijadikan setiap gambar yang digambarkan sebagai ruh maka ia menjadi alat penyeksanya di dalam neraka Jahanam.”
Riwayat Muslim (3945)
Berdasarkan hadis tersebut, tidak dibenarkan untuk mengukir patung-patung atau ukiran yang berbentuk benda hidup yang lengkap.Illah daripada larangan tersebut ialah sebagai satu sad al-Zari’ah iaitu menutup pintu keburukan kerana ditakuti akan menjadi objek idola dan penyembahan.
Sheikh Zakaria Al-Ansari menyebut haram mengukir apa-apa yang berbentuk haiwan sama ada di tanah atau di pakaian. Ini kerana pengharaman mengukir dan melukis benda yang hidup telah disepakati hukumnya. Juga tidak boleh mengambil upah daripada apa yang di ukirnya itu.
Rujuk Asna Matalib Syarh Raudh Al-Talib(3/226)
Namun jika apa yang diukir itu bukan dengan bentuk yang lengkap seperti diukir atau dilukis dengan ketiadaan kepala, atau kepala separuh atau tiada tangan maka dibenarkan.
Ibnu Hajar al-Haitami menyatakan :
“Terkecuali daripada larangan tersebut haiwan yang diukir tanpa kepala. Maka dalam keadaan seperti itu maka dibenarkan.”
Rujuk Tuhfah Al-Muhtaj Bi Syarh Al-Minhaj(11/464)
Begitu juga lukisan atau ukiran yang digunakan bukan dengan maksud untuk diagungkan atau dimuliakan seperti dijadikan bantal tidur, alas tilam dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis daripada Abi Hurairah. Kata beliau :
اسْتَأْذَنَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ادْخُلْ فَقَالَ كَيْفَ أَدْخُلُ وَفِي بَيْتِكَ سِتْرٌ فِيهِ تَصَاوِيرُ فَإِمَّا أَنْ تُقْطَعَ رُءُوسُهَا أَوْ تُجْعَلَ بِسَاطًا يُوطَأُ
Maksudnya :” Jibril AS meminta izin kepada Nabi SAW untuk masuk ke rumah Baginda. Nabi SAW menyebut : masuklah. Kata Jibril : bagaimana aku nak masuk sedangkan di dalam rumah engkau ada langsir yang ada lukisan padanya. Sama ada engkau potong kepala (lukisan tersebut) atau dijadikan alas yang dipijak-pijak.”
Riwayat Al-Nasaie (5270)
Maulana Badiuzzaman Syah Al-Sindi menyebut dengan dipotong kepala lukisan tersebut dengan maksud menjadikannya tidak lengkap maka ia menghilangkan pengharaman terhadap perkara tersebut. (Rujuk Hasyiah Al-Sindi ‘Ala Al-Nasaie, hlm 2/301)
Kata ‘Ikrimah : “Para sahabat berkata : lukisan atau ukiran yang ada pada bantal atau alas tidur atau alas kaki adalah satu bentuk penghinaan terhadap lukisan tersebut.” (Rujuk Musannaf Ibni Abi Syaibah, 5/207)
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, kami mengatakan harus untuk membeli kek yang berbentuk haiwan atau yang ada topping berbentuk haiwan kerana tujuan daripada pembelian tersebut adalah untuk dimakan bukan untuk diagungkan. Ia juga harus dimakan kerana kaedah menyebut :
الأَصْلُ في الأشْيَاء الإِبَاحَةُ
Maksudnya : “Asal bagi sesuatu adalah harus.”
Ini bermakna selagi mana kandungan kek tersebut dibuat daripada bahan yang halal maka ia harus dimakan. Kaedah lain menyebut :
العبرة بالحقائق لا بالمسميات
Maksudnya :” Ibrah adalah pada hakikat perkara itu bukan apa yang dinamakan”
Walau apa pun namanya, yang pentingnya adalah daripada bahan apa kek tersebut dibuat. Jika daripada bahan yang haram maka haram dimakan. Jika ia dibuat daripada bahan yang halal maka harus untuk makan kek itu.
Kesimpulannya, harus untuk membeli dan makan kek tersebut selagi mana bahannya adalah bahan yang halal. Kami juga menasihatkan agar jauhi daripada membeli kek yang berbentuk lukisan khinzir atau anjing. Ini kerana ditakuti menjadi fitnah kepada diri sendiri sehingga menyebabkan orang berburuk sangka kepadanya.Ini juga sebagai satu didikan dan tarbiyah dan didikan kepada anak-anak supaya jangan sampai mereka menyangka bahawa khinzir dan anjing halal dimakan. Kaedah menyatakan :
مَن سَلَكَ مَسَالِكَ التُهَم اتُّهِمَ
Maksudnya :” Sesiapa yang sengaja buat sesuatu yang mendatangkan fitnah maka dia akan dituduh (buat perkara tersebut).”
Semoga Allah memberikan kita kefahaman di dalam agama-Nya. Wallahu’alam.


Namun berbeda dengan Fatwa MUI no 4 tahun 2003, hukum memakan kue yang berbentuk babi adalah tidak boleh.

Wallohu a'lam. [Anake Garwane PakeMuh Jayus, Rahmatullah Syahruddin II].

LINK ASAL :
www.fb.com/groups/piss.ktb/2865633583459431/

Post a Comment

Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.